Monday, October 10, 2011

Skandal telekom: India fail kes ke atas empat termasuk Ananda Krishnan, Ralph Marshall


(The Malaysian Insider) - Pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap tokoh perniagaan Malaysia T Ananda Krishnan dan ketua eksekutif kepercayaannya Ralph Marshall bersama seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.

Agensi berita Press Trust of India berkata tiga tiga syarikat termasuk Maxis telah disenaraikan dalam kes itu.

Dua syarikat lain ialah Aspro dan Sun TV dari India.

Bekas menteri India itu ialah Dayanidhi Maran dan adiknya bernama Kalanidhi.

Press Trust of India berkata Biro Siasatan Pusat (CBI) mengadakan serbuan ke atas premis kedua-dua beradik di Delhi dan Chennai.

“CBI telah memfaikan kes ke atas adik-beradik Maran, Ralph Marshall dan T Ananda Krishnan (gambar) dan tiga syarikat di bawah Seksyen 120b Kanun Keseksaan India yang dibaca bersama Seksyen 13(2) dan Seksyen 13 (1)(d) dan juga Seksyen 7 dan 12 Akta Pencegahan Rasuah.

“Kes ini didaftarkan pada 9 Oktober. Serbuan diadakan di New Delhi dan Chennai,” kata jurucakap CBI Dharini Mishra hari ini.

Bekas ketua Aircel C Sivasankaran mendakwa bahawa Dayanidhi Maran ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada Kumpulan Maxis dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran pelaburan dibuat oleh syarikat itu menerusi rangkaian Astro di Sun TV dimiliki oleh keluarga Maran.

0 comments:

Post a Comment