Kini klip video menunjukkan Anwar berada ditempat kejadian mula ditayangkan melalui blog upahan Umno.
(Free Malaysia Today) - Selepas pendedahan video skandal mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelacur China tersebar, kini klip video menunjukkan Anwar berada ditempat kejadian mula ditayangkan melalui blog upahan Umno.
Rakaman video berwarna yang disiarkan dalam blog papagomo melalui kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan individu yang didakwa Anwar, memakai baju ungu dan berselipar berjalan bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah daripada arah lobi sebuah bangunan yang didakwa penulis blog itu sebagai Ampang Apartment.
Eskay kemudiannya dilihat menekan butang lif untuk menuju ke atas sebelum masuk ke dalam lif bersama Anwar.
Waktu rakaman CCTV itu juga menunjukkan individu yang didakwa sebagai Anwar masuk ke dalam lif bersama Eskay pada pukul 10.09 malam dan kemudiannya berjalan keluar daripada lif pukul 10.52 malam.
Manakala waktu rakaman video hitam putih adegan dalam sebuah bilik yang pernah tersebar sebelum ini menunjukkan bermula kira-kira pukul 10.30 malam.
Rakaman CCTV berdurasi 3 minit 48 saat itu menunjukkan tarikh 21 Februari 2011, tarikh rakaman yang sama dengan video adegan seks dalam sebuah bilik sebelum mula didedahkan kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara Mac lalu.
Penulis blog papagomo dalam artikel yang diselitkan bersama video itu kemudiannya menasihatkan Anwar membuat laporan polis terhadap blog yang menayangkan video seks dan menuduh beliau sebagai pelaku tersebut bagi memastikan siasatan lanjut dapat dijalankan.
Tidak masuk akal
“Adalah tidak masuk akal jika Anwar Ibrahim terus terusan berdiam diri tampa melakukan hal ini kerana imej beliau semakin tercemar dengan lakonan seks bersama pelacur China sepertimana dalam video di atas.
“Jika kesemua di atas masih lagi enggan dilakukan beliau maka laporan polis akan dibuat bagi menyiasat laporan palsu yang telah beliau lakukan dalam isu video seks ini.
“Dan menjadi tanggungjawab buat Anwar Ibrahim kelak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam siasatan laporan polis yang dibuat beliau ke atas video seks yang tersebar,” katanya dalam blog yang mula disiarkan pagi tadi.
Eskay, bersama Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim dalam sidang media Mac lalu
mengaku sebagai ‘Datuk Trio’ atau dikenali ‘Datuk T’ mengaku bertanggungjawab menayangkan video tersebut kepada wartawan.
0 comments:
Post a Comment